*******traders*******

free counters

Sunday, November 25, 2012

Wacana Keilmuan HIKMAH: " Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu "


Laporan Sesi Pagi di blog rasmi HIKMAH, baca DISINI

>>>>>>>


Program "Wacana Keilmuan HIKMAH: Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu" telah berjaya dijalankan di Kolej Yayasan Melaka Antarabangsa pada hari Ahad 11 Muharam 1434 Hijrah.

Pembentangan kertas bertajuk "Matawang Syariah & Melayu: PENIPUAN dalam Kewangan dan Perlembagaan???", versi Kedua telah dizahirkan oleh Pembentang pertama dari Qiblah Consulting.

Antara Penambahbaikan yang dilakukan untuk Versi 2 adalah:-
(1) Bagaimana tertempanya DInar Islam Pertama. Baca DISINI
(2) Senario Pengunaan DINAR & Dirham(Dnd) di Malaysia
(3) Cara DINAR&dirham(Dnd) boleh digunakan untuk Muamalah dan lain-lain acara.

Di akhir sesi semasa sesi soal jawab ada pertanyaan dari seorang penulis yang bertanyakan mengenai adakah praktikal pengunaan Dnd atau ianya sekadar teori semata-mata. Saya mengambil kesempatan menunjukkan contoh bagaimana Muamalah dilakukan mengunakan Dnd dengan membeli buku karya Radzi Sapiee dengan bayaran 2 dirham.

( Gambar: Ihsan blog HIKMAH MELAYU )





( Gambar: Ihsan fb - Tun Muhamad Farul Azri )

( Semasa Pembentangan )

(Semasa Pembentangan Kertas Kerja-" Matawang Syariah & Melayu: PDK&P?" versi Kedua)



( Sesi Soal Jawab )


Saturday, November 17, 2012

The Dinars of Abdul Malik Marwan


( Abdul Malik Marwan Dinar, Version 1 )



Full Story, upon Release of a book titled "DEBASEMENT" in January 2013(tentative)by Bro.Hishamuddin Kasim of 24 Qirats.


( Abdul Malik Marwan Dinar, Version 2 )

Monday, November 5, 2012

Matawang Shariah & Melayu: PENIPUAN dalam Kewangan & Perlembagaan?



( Gambar: Ihsan fb Rafidah Harun )

Pembentangan bertajuk seperti yang tertera di atas telah dizahirkan pada pagi hari Ahad, 4 November 2012 di Yayasan Restu - Shah Alam, Selangor dalam suatu Majlis bernama " SUAI-KENAL HIKMAH ".

Laporan Majlis, DISINI & SINI

3 RUMUSAN Pembentangan:-

(1) Matawang Melayu Islam yang pada fitrahnya sudah mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW mengalami perubahan kerna ditipu secara halus oleh penjajah apabila Nota Hutang (IOU Notes) telah diperkenalkan.

(2) Perlembagaan Malaysia diterapkan nilai Sekularisma dengan adanya "Federal & State List". Perkara berkaitan Islam Dan Adat Melayu berada di bawah bidangkuasa/naungan Sultan(State List) tetapi kenapa "Perbankan Islam" di bawah Kerajaan Persekutuan(Federal List)?

(3) Kembalikan pengunaan Matawang Sunnah & Perbetulkan Perlembagaan.

Syukran saya ucapkan kepada Pengasas HIKMAH iaitu Saudara Radzi Sapiee di atas jemputan Pembentangan.

Catatan Pembentangan, DISINI.