~ REVIVING Commodity / Value-based CURRENCY & Commodity-based TRADING (including BARTER transaction) ~ [Surah AL-BAQARAH, 279: And if you do not, then be warned of a WAR (against you) from Allah and His messenger. And if you repent, then you have your principal (without interest). Wrong not, and you shall not be wronged ].
Thursday, September 1, 2011
54 Tahun Merdeka, Masih "DiJAJAH" melalui Matawang KERTAS!!!
54 Tahun MALAYSIA Merdeka!
Juga GENAP 500 Tahun EMPAYAR MELAYU MELAKA tumbang!!
" Amat Gembira TanahairKU Sudah MERDEKA!
Akan Tetapi "MINDA" kita masih diJAJAH melalui instrumen Bekas Penjajah seperti "PERLEMBAGAAN", "MATAWANG KERTAS", "TAULIAH" dll "
Saya tergerak menulis pandangan saya mengenai catatan tertera di atas setelah ada rakan taulan yang meminta saya mengutarakan logika/hujah saya yang telah saya ketengahkan melalui "fb wall" saya sempena "fb post" pada hari Merdeka Malaysia yang ke 54.
(Matawang, KUPANG EMAS yang digunapakai di KEDAH. Dikeluarkan/ditempa 1661-1687 sewaktu pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah)
(Matawang, DINAR MATAHARI EMAS yang digunakan di KELANTAN sekitar abad ke 18)
Fitrah Orang MELAYU dalam Pengunaan Matawang sebelum adanya Matawang Kertas adalah Matawang berunsurkan LOGAM seperti Emas, Perak, Timah dll. Waima kewujudan beratus tahun terminologi seperti "MAS,KUPANG & PENJURU" di Johor, "TAMPANG" di Pahang, "MAS, KUPANG & KEPING/PITIS" di Terengganu, "DINAR matahari, DUIT kijang & PITIS" di Kelantan dll
(Sumber: Buku Matawang "MALAYSIAN NUMISMATIC HERITAGE" yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, 2005)
( Dinar Emas Umayyah - 105H. Dilelong Tahun 2011 dengan harga 3.7Juta Pound Sterling )
Jika didalami kajian matawang selama 1,400 tahun lagi seseorang pengkaji akan juga mendapati bahawa salah satu matawang yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah juga matawang yang mempunyai 'ayn atau zatnya tersendiri iaitu matawang yang berunsurkan logam yakni DINAR EMAS dan DIRHAM PERAK. Untuk makluman, matawang lain yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah juga barangan/komoditi yang mempunyai 'ayn iaitu Gandum, Kurma, Barli dan Garam.
Berbalik kepada persoalan asal - bagaimana MINDA kita diJAJAH melalui instrumen bekas penjajah yang salah satu darinya adalah "MATAWANG KERTAS"?
Persoalan yang ingin saya kemukakan adalah:-
Apakah Usulnya perkataan "RINGGIT" ?
Mengikut " Malaysian Currency (Ringgit) Act 1975, Act 160 ":-
Section 2 - the unit of currency in Malaysia shall be the currency ringgit, which shall be divided into one hundred sen.
Section 3(b) - "ringgit" means a ringgit in the currency of Malaysia.
Pada hemah saya, definisi Akta 1975 tersebut sungguh mengelirukan. Bak kata pepatah Inggeris - " IF, you can't convince them...confuse them!!!"
Oleh itu, saya hujahkan dan katakan kepada Anda (I put it to you),
.......sebelum adanya Ringgit Malaysia, Ringgit berkeadaan seperti berikut:-
Cuba Baca TULISAN JAWI yang tertera di bahagian tengah, di sebelah KANAN (SATU)& KIRI(RINGGIT).
( Lebih 10juta keping SYILING PERAK seperti gambar diatas telah ditempa pada Tahun 1907 sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama )
Syiling Perak diatas mengandungi 16.84gram perak dan diameternya adalah 34.1mm.
Nota Buku BNM: " Issued since 1907, and valid as legal tender without limit until 21 October 1938. Its use was then limited to ten dollars. It was demonetised on 31 December 1952"
(Sumber: M/Surat 225, Buku "Malaysian Numismatic Heritage", BNM - 2005)
Pada 31 Ogos 2011, 1 Dirham Perak negeri Kelantan D.N. atau Perak D.R. yang mengandungi 2.975gram perak 0.999 adalah bernilai RM25.
(Sumber: Laman Web "WORLD ISLAMIC MINT" @ http://islamicmint.com.my/#)
Ini bermakna, jika kita tidak diperdayakan oleh "Pihak-pihak Berkepentingan" untuk menukar pengunaan 1 Ringgit dari matawang SYILING PERAK yang mempunyai isi kandungan 16.84gram PERAK ke matawang KERTAS yang kononnya tertera nilai "RM1", nilai RM1 pada hari ini adalah sebenarnya bersamaan dengan 5.66 Dirham Perak (yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan Darul Naim atau Perak Darul Ridzuan).
Perkiraan ini bererti RM1 sekarang adalah lebih kurang RM141.50 (5.66 Dirham x RM25) jika matawang Malaysia adalah "bersandarkan Perak (backed by Silver)".
ATAU, jika jenis perak diambil kira(Syiling Perak 1907, menggunakan Perak .500)....RM1 masa kini adalah lebih kurang RM70.75
Cuba Saudara & Saudari renungkan fakta-fakta yang saya kemukakan.
PS: Sesiapa Yang Teringin Melihat Syiling Perak Satu Ringgit 1907 tersebut boleh hubungi saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment